Blog

MENGAPA ENJIN KERETA TIDAK BOLEH START???

[ Info : Thevect.com ]

MENGAPA ENJIN KERETA TIDAK BOLEH "START" ???

Mungkin ramai pernah mengalami “rushing” nak pergi kerja start enjin tapi tak hidup. Lepas tu mula la tekan minyak, pusing kunci cuba hidupkan enjin tapi masih tak hidup.
Adoi, kenapa ye kereta kita macam ni tak mahu hidup ? Jom kita tengok antara 10 sebab kenapa enjin kereta anda tidak boleh hidup;
===================

8 PUNCA MASALAH YANG PATUT ANDA "CHECK"

1. Bateri Kereta Lemah / Kong
Punca utama kenapa enjin kereta kita tak dapat hidup sebab bateri kong atau lemah, jumper dulu baru enjin kereta anda hidup.
Jadi, bila enjin kereta anda tidak hidup disebabkan bateri yang kong kerana ia tidak dapat mengecas serta membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk hidupkan enjin.
Bateri ada 2 jenis, sel kering dan sel basah. Bagi kereta yang menggunakan bateri sel basah, rajinkan diri anda untuk periksa air bateri sebelum memandu.
Biasanya setiap 5,000 km servis tu periksa sekali air cukup atau tidak lagi-lagi kalau bateri dah 2-3 tahun ke atas haruslah kerap memeriksa air bateri.
Manakala sel kering anda cuma perhatikan lampu amaran alert dengan tanda-tanda bateri nak kong.

*Jika anda mahu sewa kereta pilihan anda pada harga yang terbaik, boleh layari thevect.com sekarang.

2. Gear LEVER pada ‘D’
Panik enjin kereta tak hidup pandang segala benda dalam kereta tiba-tiba pandang gear ada dekat D, tak pun dekat R la, dekat 2 tak pun L.
Sampai bila pun tak tahu kereta nak hidup. Wahai pemandu kereta automotik sekalian, pastikan gear level pada “P”.

*Jika anda mahu sewa kereta pilihan anda pada harga yang terbaik, boleh layari thevect.com sekarang.

3. Spark Plug (Palam Pencucuh) Rosak
Susah nak hidup lepas tu bunyi crank atau dah hidup semput-semput, tak pun lampu semua menyala cuma enjin tak hidup.
Ini mungkin kerana spark plug rosak jadi kereta tak boleh ignite. Kalau macam ni baik anda telefon mekanik untuk tukar spark plug baru.
Antara petanda awal spark plug kereta bermasalah bila kita tekan minyak kuat macam mana pun kita tetap rasa kereta tu perlahan dan berat.

*Jika anda mahu sewa kereta pilihan anda pada harga yang terbaik, boleh layari thevect.com sekarang. Kereta sewa murah ada di sini.

4. Starter Rosak
Fungsi starter adalah menghidupkan kereta dan menggerakkan piston.
Jadi, kalau starter rosak, ia hilang tenaga untuk gerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Sebab tu kereta tak boleh start.
Tapi sebelum starter rosak sepenuhnya di akan bagi amaran dulu. Macam rasa kosong je bila nak crank.
Waktu enjin tengah hidup dan kita crank sekali lagi tiba-tiba dengar bunyi seperti besi bergesel.
Itu maknanya mungkin starter dah mula haus. Jadi kalau dah begini baik tukar terus dari tiba-tiba tak boleh start.

*Jika anda mahu sewa kereta pilihan anda pada harga yang terbaik, boleh layari thevect.com sekarang. Kereta sewa murah ada di sini.

5. Penapis Minyak Tersumbat
Mungkin juga enjin kereta tak hidup sebab penapis minyak tersumbat jadi minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin kereta.
Maka, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil. Jadi periksalah penapis minyak waktu anda servis kereta.

*Jika anda mahu sewa kereta pilihan anda pada harga yang terbaik, boleh layari thevect.com sekarang. Perkhidmatan kereta sewa ada di sini.

6. Pam Minyak Rosak
Jika pam minyak rosak, minyak dari tangki tak dapat tak akan dipam masuk kedalam enjin sebab tu kereta tak dapat dihidupkan.
Pam minyak berperanan untuk pam minyak dari tangki minyak ke dalam enjin kereta.
Jadi bila minyak ada dalam enjin, baru spark plug dapat membakar minyak tersebut untuk gerakkan kereta.

*Jika anda mahu sewa kereta pilihan anda pada harga yang terbaik, boleh layari thevect.com sekarang. Perkhidmatan kereta sewa ada di sini.

7. Minyak Petrol Habis / Tak Sampai
Pastikan sama ada minyak petrol kereta masih ada atau tidak. Kalau tiada memang tak hidup lah kereta.

*Jika anda mahu sewa kereta pilihan anda pada harga yang terbaik, boleh layari thevect.com sekarang. Perkhidmatan kereta sewa ada di sini.


8. Aircond Compressor Jammed
Enjin kereta tak hidup mungkin juga sebab compressor aircond jem atau tersangkut.
Boleh nak hidup, kena potong belting aircond dan power steering.
Lepas tu terus bawa pergi bengkel untuk tukar yang baru.

*Jika anda mahu sewa kereta pilihan anda pada harga yang terbaik, boleh layari thevect.com sekarang. Kereta sewa murah ada di sini.

Sumber : serv.my

#infothevect
#vehiclerentalportal
#malaysia

www.thevect.com

Rent your ideal transport for the best rate, anytime, anywhere, hassle-free.

What Is The Vect?

We are the answer to your ride. Need a car, a lorry, a bus, a helicopter, a private jet? Bundle that with full service chaffeur? No Problem! We are The Vect!

Ready When You Need

Saves You Time

Reliable Rides

Be Our Partner

We are looking for operators who provide all types of transportation services namely cars, vans, buses, lorries, helicopters, limousines, sports cars, all wheel drives, SUVs, private jets, speed boats, cranes and the list goes on.

List your services on our website and get your services known all over Malaysia.

 

Car

Lorry

Bus

Helicopter

Private Jet