Blog

Tesla Model 3 Dilancarkan – Kereta Elektrik Mampu Milik Pertama Tesla

                                                                                                                                                                                         

Kenderaan elektrik bakal menggantikan kenderaan petrol dan diesel sedia ada. Negara seperti India, Denmark dan UK sudah mempunyai perancangan untuk membenarkannya hanya kenderaan elektrik dijual di masa hadapan. Tetapi kenderaan elektrik buat masa ini masih lagi terlalu mahal. Dengan pelancaran Telsa Model 3, kenderaan elektrik mampu milik kini menjadi kenyataan.

Tesla Model 3 ialah kenderaan ke empat yang dihasilkan mereka. Berbeza dengan model Roadster, X dan S, harga jualan Model 3 bermula dari $35,000 (~RM 150,000) sebuah. Kenderaan empat pintu ini mempunyai jarak penggunaan sehingga 498 km dengan kelajuan maksimum 209 km/j. Ia boleh memecut dari sifar ke 100 km/j dalam masa 5.6 saat.

Model S Side ProfileModel 3 tidak mempunyai paparan meter dashboard seperti kenderaan biasa. Sebuah skrin sesentuh sebesar 15″ diletakkan di konsol tengah yang memaparkan maklumat kelajuan, pemetaan, panggilan telefon dan menjadi skrin untuk menonton video. Menurut Elon Musk, pengguna tidak akan memandu di masa hadapan kerana sistem swapandu. Oleh itu hanya sebuah skrin di bahagian tengah diperlukan.

Dengan pelancaran Model 3, Elon Musk memenuhi janji tahun 2007 beliau untuk menghasilkan kenderaan swapandu elektrik yang dipasarkan kepada semua. Adakah kita sudah bersedia untuk mengucapkan hello kepada kenderaan elektrik sepenuhnya di Malaysia?

Kredit: https://amanz.my/2017144342/

What Is The Vect?

We are the answer to your ride. Need a car, a lorry, a bus, a helicopter, a private jet? Bundle that with full service chaffeur? No Problem! We are The Vect!

Ready When You Need

Saves You Time

Reliable Rides

Be Our Partner

We are looking for operators who provide all types of transportation services namely cars, vans, buses, lorries, helicopters, limousines, sports cars, all wheel drives, SUVs, private jets, speed boats, cranes and the list goes on.

List your services on our website and get your services known all over Malaysia.

 

Car

Lorry

Bus

Helicopter

Private Jet